Saturday, August 1, 2009

kawan atau lawan

bila sebut pasal KAWAN byak yg kita bole rungkaikan dan ceritakan. berbagai bagai jenis kawan yg bole kita perolehi sama ada daripada paras rupa, perangai, tabiat dan lain lain. kwan juga bole dinilai daripada pelbagai sudut pandangan. kwan ade yg jenis 'kawan baik' sama erti dengan sahabat karib yg bole dipercayai sehingga kita bole berkongsi rahsia suka dan duka dan liku liku kehidupan kita seharian bersama sama. tetapi bukan semua kwan kita bole anggap dye seperti 'sahabat karib' kerana ade juga yang sanggup tikam kita daripada belakang sehingga kita tidak sedar perkara yang dye lakukan itu telah mengguris hati dan perasaan kita. ade juga kawan yg berpura pura baik dan mesra dengan kita sedangkan dye merupakan musuh dalam selimut tanpa disedari oleh pelbagai pihak. selain itu juga ade yg sanggup menjadikan kawan sebagai bahan ketawa dan sindiran semata mata untuk memuaskan hati mereka sahaja sedangkan sindiran dan gurauan itu telahmenimbulkan perasaan sakit hati dan menjadikan kita menjadi pendendam terhadap seseorang itu. tidakkah ini menjadi suatu perkara buruk yang dapat diungkapkan dalam pelbagai aspek. disebabkan gurauan itulah telah menimbulkan berbagai bagai masalah dan perkara yg tidak diigini berlaku. jgan di sebabkan mulut badan binasa pulak. apabila sudah dikatakan begitu ia boleh menimbulkan pergaduhan dan sifat sifat negatif yg tidak dapat dielakkan disebabkan perasaan marah dendam itu masih terbuku dihati. apabila kita sudah berkwan lama suatu hari akan timbul perasaan iri hati terhadap seseorang dan perasaan bangga diri sehingga menyebabkan orang lain tidak 'respect' untuk berkwan dengan kita. apabila kita berkwan respect each other utk memahami hati masing masing. jgan sampai kita lupa diri sehingga menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya telah hilang harga diri utk berkawan dengan org lain. fahami erti 'persahabatan' itu kerana persahabatan itu penting bagi setiap individu yg lahir kedunia ini utk menjalani kehidupan seharian. tanpa kwan kita hilang arah tuju utk menceritakan suka duka dan liku liku kehidupan kita terhadap seseorang. adakah bentuk persahabatan sebegini yg kita mahukan atau kita lebih suka hidup bersendirian tanpa adanya erti persahabatan itu. renungi dan fahamilah erti perhabatan yg kita impikan selama ini dan jadikan ia sesutu teladan hidup utk kita jalani liku liku kehidupan sepanjang kita hidup di dunia ini.



written by afikafandi.

No comments:

Post a Comment