Wednesday, August 5, 2009

lumrah kehidupan

saban hari kita melalui liku2 kehidupan yg amat berbeza. kadang- kadang ia akan membuatkan kita gembira dan ia juga boleh membuatkan kita terasa bagaikan dihimpit dengan pelbagai kesedihan. perkara yg baik selalu datang dan pergi dengan begitu pantas tanpa disedari. kadang kala perkara yg malang menimpa kita sehingga kita menjadi tidak tentu arah untuk menghadapinya sendiri. tidak semua perkara yg kita hadapi itu datang dengan sengaja tetapi ada juga perkara yg menimpa kita tanpa kita sedari bahawa perkara itu sangat berharga dan bernilai. kebanyakkan hari yg kita tempuhi adalah hari-hari yg tinggi nilainya dan kita tidak boleh mengulangi perkara yg kita sudah hadapi di masa lampau. kadang-kadang masalah yg menimpa kita akan berdiam diri kerana tidak mahu meyusahkan orang lain dan tidak mahu orang lain risau terhadap masalah yg kita sedang tempuhi. kadang2 kita akan menceritakan masalah kita kepada orang lain kerana tidak tahan utk menangggung masalah ituh seorang diri. kalau kita merahsiakan masalah yg begitu rumit untuk kita selesaikan kemungkinan kita akan rasa tertekan sehingga kita jatuh sakit kerana masalah itu terlalu berat untuk ditanggung seorang diri.

kadang kala kita malu nk menceritakan hal yg sebenarnya kepada orang lain walhal perkara atau masalah yg ditanggung begitu rumit utk diselesaikan seorang diri. orang yg begitu rapat dengan kita sahaja yg boleh kita ceritakan berbagai-bagai masalah kita sedangkan orang itu hanya berdiam diri tidak tahu untuk menyelesaikan masalah yg kita hadapi. apabila kita menceritakan kepada orang yg tidak berapa rapat dengan kita, tentu ada yg menyebarkan cerita sehingga masalah itu menjadi cerita putar belit atau perkara itu menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. kadang-kadang orang yg kita percaya selama ini telah menghancurkan hidup kita sehingga porakperandakan perhubungan kita dengan rakan-rakan yg lain sehingga mencetuskan pergaduhan yg tiada hentinya walhal perkara itu cuma perkara yg amat kecil untuk diselesaikan.

kenapa dunia ini sungguh tidak adil bagi kita untuk meneruskan kehidupan kita. kita perlu sedar bahawa tuhan yg menentukan segala percaturan kehidupan kita didunia ini. beginilah lumrah kehidupan seseorang manusia di muka bumi ini. kalau kita tidak diberi dugaan atau cabaran hidup ini kita tidak akan hidup dengan tenang dan aman. kita hidup di muka bumi ini bukanlah seorang insan yg sempurna kerana tidak ada seorang pun yg hidup di muka bumi ini seorang yg sempurna hidupnya. renungi dan fahami erti lumrah kehidupan di muka bumi ini.




written by afikmoshi

No comments:

Post a Comment